aku cinta kat hang weiii
SAYANG dan CINTA merupakan dua kalimah yang seakan sama namun maksudnya berbeza…
Namun kebanyakan daripada kita silap dalam memahami kalimah ini… Kedua-duanya
melambangkan perasaan yang lahir dari hati tapi diluahkan dalam
situasi yang berbeza…
Hanya dengan ayat “ I Love You” sudah cukup membuatkan
orang keliru… Adakah mereka dicintai oleh sang penyebutnya atau mereka sekadar
disayangi oleh sang penyebutnya…
Perasaan sayang
sebenarnya lebih terarah kepada perasaan kasih dan menghargai seseorang itu…
Kehadirannya membuatkan kita bahagia dan selesa… Kehilangannya membuatkan kita
tercari-cari dan kalanya rasa rindu mula terbit… Perasaan ini merupakan satu
perasaan yangg cukup penting dalam membina sebuah hubungan… Tidak kira
persahabatan ataupun percintaan… Ia merupakan asas dalam sebuah ukhwah…
Perasaan cinta pula akan
lahir dengan sendirinya apabila sayang itu sedia mekar dalam hati seseorang…
Tetapi ia tumbuh dalam keadaan yang cukup berbeza… Perasaan cinta ini akan
dengan sendirinya terbit tanpa dipaksa… Ia seolah-olah memilih dalam kalangan
orang yang kita sayangi itu untuk dikatakan cinta…
Apabila perasaan cinta
itu sudah mekar, beruntunglah pada yang menerimanya… Kerana cinta hanya
untuk seorang insan dan tidak boleh dikongsi bersama yang lain… Tapi sayang akan
dikongsi bersama ribuan yang lain…
Jika kau pernah merasai
apa itu cinta, kau akan menghargai seadanya… Kerana ia bukan mudah untuk
didampingi… Hanya pada ketika dan insan yang benar-benar bersedia mampu
merasainya…
SAYANG itu perasaan yang
cukup indah… Menyayangi dan disayangi oleh orang-orang yang dikasihi… Ia
dikongsi ribuan hati, Tapi jangan sesekali dilukai perasaan ini…
CINTA bukan untuk
dikongsi atau dijaja pada ramai insan…Tetapi cinta itu hak milik yang hakiki
dan hanya satu nyawa berhak keatasnya…
Hargailah setiap saat
bersama dan perasaan yang hadir dalam dirimu… kerana ia anugerah dari Pencipta
kepada kita…